Guna saluran undang-undang jika RUU SST tidak lulus - Utusan Malaysia

Guna saluran undang-undang jika RUU SST tidak lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan saluran perundangan sekiranya Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak lulus di peringkat Dewan Negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana terdapat kesan-kesan tertentu apabila melibatkan dasar kewangan.

“Sudah tentu ada beberapa jalan keluar yang diteliti Kementerian Kewangan termasuk mendapatkan nasihat perundangan kerana ada implikasi tertentu apabila melibatkan rang undang-undang kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa perkara harus kita teliti apabila dikemukakan di Dewan Negara dan sekiranya berdepan kemungkinan tidak diluluskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sidang Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 di peringkat dasar, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×