Pengasih lancar e-Book #potong stim - Utusan Malaysia

Pengasih lancar e-Book #potong stim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Selari dengan kecanggihan teknologi masa kini yang kebanyakkannya lebih berminat menggunakan Internet, Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia melancarkan perkhidmatan buku digital atau e-Book #potong stim.

Menerusi e-Book tersebut, orang ramai sama ada penagih atau ahli keluarga boleh mendapatkan pelbagai maklumat termasuk cara-cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Presiden Pengasih, Datuk Mohd. Yunus Pathi berkata, e-Book tersebut turut menerangkan kesan-kesan yang bakal ditanggung sekiranya terjerumus dalam penagihan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Zaman sekarang dadah dibeli menggunakan Internet dengan pelbagai kata laluan dan penagih mudah memperoleh barang larangan tersebut.

“Jadi kita juga mahu menggunakan kecanggihan teknologi sebagai medium untuk menyedarkan masyarakat akan keburukan dan kesan yang terpaksa ditanggung sekiranya terjerumus dalam masalah penagihan,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis Pelancaran e-Book #potong stim di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×