Polis jamin tahap keselamatan kapal Equanimity - Mohamad Fuzi - Utusan Malaysia

Polis jamin tahap keselamatan kapal Equanimity – Mohamad Fuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meletakkan anggota dan pegawai yang mencukupi bagi memastikan tahap kawalan keselamatan kapal Equanimity sepanjang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini tahap keselamatan berada dalam keadaan terbaik.

“Saya datang sini hanya untuk melakukan pemeriksaan dan berbincang tahap keselamatan bersama beberapa agensi yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kapal tersebut di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau meluangkan masa selama 30 minit bagi melihat sendiri keadaan kapal itu termasuk di bahagian dalamannya.

Turut mengiringi beliau adalah Timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Mohamad Fuzi bagaimanapun enggan mendedahkan keadaan dalam kapal tersebut kepada pihak media.

“Ya, saya ada masuk dalam kapal itu namun tidak elok untuk saya menerangkannya,” jelasnya.

Kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selamat tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 12.35 tengah hari ini.

Kapal tersebut dipercayai berlepas dari perairan Batam, Indonesia pukul 4.45 petang semalam.

Sepanjang pelayaran kira-kira 20 jam itu, kapal berkenaan telah diiringi oleh tiga buah kapal Polis Marin iaitu PT2, PA45 dan PA9 dengan kekuatan 50 anggota termasuk pegawai Polis Marin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×