Giliran SMK Seksyen 24 (2) ikuti program motivasi UMW - Utusan Malaysia

Giliran SMK Seksyen 24 (2) ikuti program motivasi UMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Ogos – Seramai 249 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 (2) menjadi kumpulan pelajar ketiga yang mengikuti Program Motivasi SPM 2018 UMW yang diadakan di Auditorium UMW, di sini hari ini.

Guru penyelaras, Alwardah Dolhalit berkata, sesi kedua yang diadakan hari ini melibatkan 159 calon SPM selepas sesi pertama berlangsung di lokasi sama dengan 90 pelajar pada Sabtu lalu.

“Program sebegini sangat bagus kerana melibatkan jalinan dengan pihak swasta menerusi kolaborasi yang memang diperlukan dalam sama-sama membantu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sekadar untuk peperiksaan semata-mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gred purata keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dan in shaa Allah calon-calon tahun ini bermotivasi untuk melakukan yang terbaik menjelang peperiksaan penting itu nanti,” katanya ketika ditemui.

Ceramah motivasi disampaikan oleh tokoh motivasi dan pendidik, Dr. Ismail Zin yang berkongsi tips mengulang kaji berkesan di samping menyuntik keyakinan mengenai kemampuan setiap pelajar untuk melakar kejayaan pada masa depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×