Equanimity: PM hubungi Jokowi - Utusan Malaysia

Equanimity: PM hubungi Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah menghubungi Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi menzahirkan ucapan terima kasihnya berikutan bantuan penyerahan kapal Equanimity.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan turut mengesahkan, kapal layar mewah itu telah selamat tiba di Perlabuhan Klang, Selangor pada pukul 1 petang hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri telah membuat panggilan kepada Presiden Indonesia tengah hari ini untuk menyampaikan ucapan terima kasihnya untuk bantuan diberikan dalam penyerahan kapal layar Equanimity,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kapal layar bernilai RM1 bilion yang dilaporkan milik ahli perniagaan Malaysia yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low telah dirampas di Bali, Indonesia pada Februari lalu.

Pada April lalu pula, Mahkamah Indonesia telah memutuskan bahawa kapal layar itu tidak wajar dirampas dan seharusnya dikembalikan kepada pemilik asalnya.

Bagaimanapun, kerajaan Indonesia sekali lagi merampas kapal itu pada Julai lepas.

Pada Sabtu lepas, kerajaan Indonesia bersetuju menyerahkan semula kapal tersebut kepada Malaysia.

Hari ini, Equanimity yang berlepas dari perairan Batam, Indonesia, pukul 4.45 petang semalam dilihat mula memasuki perairan Pelabuhan Klang pada pukul 12.30 tengah hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×