Ribut Subtropika Alberto : Penduduk Florida diarah berpindah - Utusan Malaysia

Ribut Subtropika Alberto : Penduduk Florida diarah berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA 28 Mei – Ribuan penduduk Florida dipindahkan berikutan ribut sub tropika, Alberto yang kini menuju ke utara dari Teluk Mexico.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ribut sub-tropika itu dijangkakan menyebabkan banjir yang mampu mengancam nyawa kawasan pesisir pantai selatan. 

Pusat Taufan Nasional (NHC) Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataannya berkata, ribut itu berada kira-kira 185 kilometer (km) barat daya bandar Panama , di pantai Teluk Mexico pada 2 pagi waktu tempatan. 

“Ribut itu juga dijangka akan melanda pada pertengahan mahupun lewat petang dan diramal membawa angin dengan kelajuan 65 meter per jam dengan kemungkinan menyebabkan taufan. Ini pastinya ribut yang berbahaya,” kata kenyataan itu. 

Selain itu, ribut Alberto dijangka akan menyebabkan hujan sebanyak 30 sentimeter di kawasan dari Mississippi hingga ke barat Georgia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle telah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah secara sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

Sementara itu, Gabenor Florida, Rick Scott turut mengeluarkan perintah darurat di  67 daerah turut berkata, 5,500 anggota pengawal kebangsaan sudah bersiapsiaga untuk dikerah jika keadaan memerlukan.

Dalam pada itu, Gabenor Mississippi, Phil Bryant dalam satu kenyataan meminta semua pihak supaya membuat persiapan akhir bagi pelan kecemasan terutama yang tinggal di rumah mudah alih dan kawasan rendah. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini