Dewan Perniagaan, Perindustrian Tionghoa junjung titah Raja Perlis - Utusan Malaysia

Dewan Perniagaan, Perindustrian Tionghoa junjung titah Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 28 Mei – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghoa Perlis menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail atas perkenan baginda melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar bagi penggal yang kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…
CH'NG BAN PAI
CH’NG BAN PAI

Presidennya, Ch’ng Ban Pai berkata, pemilihan baginda itu adalah demi kepentingan rakyat Perlis dan negeri ini secara keseluruhannya.

Beliau menasihatkan Azlan supaya menjadi seorang pemimpin yang lebih liberal, pemimpin untuk semua, bertanggungjawab, prihatin dan mengambil berat terhadap suara rakyat.

“Bersiap sedialah menghadapi cabaran pada masa depan kerana menjadi negeri pembangkang dan miskin, kita perlu belajar bagaimana untuk terus bertahan dalam tempoh lima tahun lagi.

“Pemimpin perlu mencari formula ajaib untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan. Era bermain politik telah tamat sejak 9 Mei lalu (Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Isu pelantikan Menteri Besar mendapat perhatian meluas media-media massa kerana semasa pelantikan Azlan yang diperkenankan Tuanku Syed Sirajuddin untuk memegang jawatan itu di Istana Arau dekat sini pada 24 Mei lalu, kesemua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak menghadirinya.

Pada masa sama, Azlan yang juga ADUN Bintong tersebut dipecat keahliannya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengadakan satu sidang akhbar khas di ibu negara bersama sembilan wakil rakyat daripada BN.

BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini