KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu empat suspek bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini pada 21 Mei lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sehingga kini, seramai 19 remaja berusia 17 hingga 28 tahun telah di tahan bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan awal mendapati kematian mangsa berpunca daripada pergaduhan antara kumpulan ‘Mat Rempit’ dari Pantai Dalam serta Kampung Pandan dan Wangsa Maju sekitar pukul 4 pagi.
“Hasil bedah siasat juga mendapati mangsa maut akibat dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di sini hari ini. – K! ONLINE











