TLDM teruskan pelan di bawah pentadbiran terdahulu - Utusan Malaysia

TLDM teruskan pelan di bawah pentadbiran terdahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meneruskan segala pelan termasuk Program Transformasi 15 ke-5 yang dirancang dan dilaksanakan sewaktu pentadbiran kerajaan terdahulu bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan negara untuk jangka masa panjang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin  berkata, perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan yang baharu Mohamad Sabu yang menyambut baik pelaksanaan pelan tersebut.

“Beliau (Mohamad) komited dari segi kebajikan warga TLDM yang perlu dititikberatkan.

“Aspek peralatan tentera termasuk kapal perlu diganti dan ditambah turut menjadi agenda dan pemikiran beliau (Mohamad). Ini adalah satu semangat yang kita perlu kukuhkan dan kita dapat memberikan yang terbaik kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd. Ajis di Pangkalan TLDM di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini