Mahkamah kekal larangan Armin jumpa anak - Utusan Malaysia

Mahkamah kekal larangan Armin jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Hasrat suami kepada penyanyi popular, Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk menemui anak lelaki yang didakwa dicederakannya tiga bulan lalu tidak kesampaian apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini mengekalkan syarat jaminan yang melarang tertuduh berbuat demikian. 

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian berikutan perkara tersebut merupakan antara syarat jaminan yang dibenarkan mahkamah sebelum ini. 

Selain mangsa, syarat jaminan itu antara lain tidak membenarkan tertuduh, Armin 53, mendekati pengadu iaitu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, 
sepanjang kes perbicaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Armin mengemukakan permohonan itu termasuk ingin berjumpa dengan tiga anaknya yang lain menerusi peguamnya Mohd. Rizal Bahari secara lisan pada sebutan kes hari ini.

Turut hadir ketika prosiding berkenaan ialah peguam pemerhati dilantik Ziana, Luqman Mazlan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini