Lelaki lemas ketika memancing di lombong - Utusan Malaysia

Lelaki lemas ketika memancing di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG – Seorang lelaki ditemui mati lemas ketika memancing di kawasan lombong Simpang 3 Kundang, Batu Arang di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.28 petang sebelum sepasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki tempatan berusia 30-an dikatakan lemas ketika memancing di kawasan lombong terbabit.

“Operasi pencarian dilakukan dengan bantuan 16 pegawai dan anggota termasuk skuad penyelam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Batu Arang dan BBP Shah Alam dan mangsa ditemui pada pukul 11.55 malam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini