Peniaga gagal patuhi kadar sifar GST akan digempur - Utusan Malaysia

Peniaga gagal patuhi kadar sifar GST akan digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada golongan peniaga agar mematuhi kadar sifar peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHD. ROSLAN MAHAYUDIN
MOHD. ROSLAN MAHAYUDIN

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sekiranya golongan itu ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan menggunakan beberapa akta termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Sejak Jumaat lalu, kata beliau, pegawai-pegawai KPDNKK telah digerakkan ke kebanyakan pasar raya untuk memantau harga semasa dan harga tersebut akan dibandingkan dengan harga sifar GST pada 1 Jun depan.

“Pengguna diminta berhati-hati memastikan barangan mereka beli pada 1 Jun ini pada kadar sifar GST. Kalau masih enam peratus, mereka boleh melapor terus ke pihak kastam atau KPDNKK,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada KPDNKK antaranya menerusi talian 03-80008000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826088. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN