LHDN semarakkan Ramadan dengan #QuranHour - Utusan Malaysia

LHDN semarakkan Ramadan dengan #QuranHour

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Seramai 570 pegawai dan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari sekitar Lembah Klang, hari ini menyemarakkan bulan Ramadan dengan alunan ayat suci al-Quran menerusi program #QuranHour.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd. Nizam Sairi, program itu merupakan kerjasama pertama di antara LHDN, Karangkraf dan Masjid Wilayah Persekutuan dan ia dilaksanakan bagi mendapat keberkatan Ramadan.

“Tambahan pula al-Quran sememangnya diturunkan pada bulan Ramadan. Jadi sebagai umat Islam, peluang yang ada tidak harus disia-siakan dan inilah masanya untuk kita melengkapkan diri dengan amalan yang mulia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kata Mohd. Nizam lagi, pihaknya juga sedia maklum bahawa #QuranHour akan diadakan pada setiap 22 Ramadan namun inisiatif untuk melaksanakannya lebih awal diadakan sebagai tanda untuk menyokong program tersebut.

“Sehubungan itu 7 Jun nanti, setiap LHDN termasuk di peringkat cawangan akan turut melaksanakan program #QuranHour secara serentak di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program Pembudayaan al-Quran HASiL #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Zamri Abdul Halim.

Mohd. Zamri memberitahu pihak Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dan menerima pelawaan mana-mana pihak yang ingin mengimarahkan masjid dengan pelbagai program yang bermanfaat.

“Hal ini juga kerana program sedemikian merupakan satu kempen yang membentuk satu landasan solidariti ummah di seluruh dunia sekali gus mengambil keberkatan dalam 10 Ramadan terakhir.

“Selain itu, bacaan al-Quran ini juga diharap akan dibaca secara berterusan pada hari-hari biasa walaupun bukan pada bulan Ramadan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini