Padah pekerja asing di Malaysia - Utusan Malaysia

Padah pekerja asing di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH terang lagi bersuluh. Malaysia adalah sebuah negara aman damai serta makmur dan kerana itulah pekerja-pekerja dari negara luar seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan sebagainya ingin datang ke tanah air kita untuk mencari rezeki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendatang asing dapat dikategorikan kepada dua kelompok iaitu yang masuk secara sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari negara destinasinya berdasarkan akta dan peraturan yang ditetapkan.

Sebaliknya PATI adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan masuk dari negara tersebut dan menyusup secara haram. Antara punca utama lambakan warga asing adalah masih banyak kekosongan jawatan dalam sektor pekerjaan berbahaya yang tidak mampu atau tidak ingin diceburi rakyat Malaysia.

Hal ini juga disebabkan majikan membayar gaji terlalu rendah. Jalan mudah adalah dengan membawa warga asing masuk ke negara kita untuk mengisi kekosongan tersebut pada kadar bayaran lebih murah.

Sering kali kita dengar kes jenayah yang berlaku melibatkan warga asing seperti kecurian, rompakan, rogol dan sebagainya. Orang ramai masih berasa tidak selamat dengan kehadiran mereka khususnya kaum wanita.

Selain itu, warga asing juga boleh membawa masuk penyakit berjangkit seperti batuk kering dan penyakit kelamin. Hanya warga asing yang mempunyai permit sah sahaja boleh diperiksa tahap kesihatan mereka.

Sebagai contoh, aktiviti seks warga asing dengan pelacur tempatan telah mempercepatkan lagi penyebaran penyakit seperti HIV/AIDS.

Justeru, bagi menangani masalah kebanjiran kedatangan warga asing, undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan dengan tegas oleh pihak berkuasa.

Dianggarkan sebanyak 6.7 juta pekerja asing berada di negara ini. Daripada jumlah tersebut, hanya 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit. Bakinya adalah imigran haram.

MUHAMAD SUKRI CHE MAGHTAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN