Real juara, Ronaldo, Bale berhijrah? - Utusan Malaysia

Real juara, Ronaldo, Bale berhijrah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV, Ukraine 27 Mei – Sejurus selepas gelaran Liga Juara-juara ketiga berturut-turut dipastikan, Cristiano Ronaldo bercakap mengenai Real Madrid yang sudah berlalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bintang terbesar Real membayangkan dia tidak pasti kekal dengan kelab itu. Pemain terbaik kelab itu dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara, Gareth Bale tampak berkemungkinan besar berpindah.

“Dalam beberapa hari lagi, saya akan berikan peminat-peminat satu jawapan kerana merekalah yang sentiasa di sisi saya,” kata Ronaldo.

“Amat indah berada bersama Madrid.”

Terus berahsia, dia menambah: “Masa depan mana-mana pemain tidak penting. Kami telah mencipta sejarah.”

Selepas memuncak dengan menjaringkan satu sepakan berkayuh yang hebat bagi gol kedua Madrid, Bale membawa peminat-peminatnya kembali merendah diri dengan pengumuman bahawa dia akan membincangkan masa depannya dengan ejennya musim panas ini.

Warga Wales itu menjadi pemain simpanan dalam empat daripada tujuh perlawanan Liga Juara-juara musim ini, termasuk persembahan supersub (pengganti berbisa) dalam perlawanan akhir.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane menjawab secara amat berbeza dengan ulasan dua pemain itu.

Mengenai Ronaldo, Zidane jelas Ahad lalu: “Dia akan kekal dengan kami di Real Madrid,” dan meramalkan nada bintang Portugal itu akan berubah tidak lama lagi.

“Mungkin dalam tempoh tiga atau empat hari, dia mungkin bercakap lain.”

Mengenai Bale, Zidane berhati-hati.

“Itu satu keadaan yang agak rumit tetapi semua orang mempunyai kepentingan sendiri, masa depan mereka untuk difikirkan,” katanya.

“Benar beberapa pemain berhak lebih masa bermain di padang tetapi ini ialah satu keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus.”

Kurang jelas ke mana haluan Bale.

Tottenham kerap dilaporkan mempunyai satu pilihan pembelian balik perpindahan Bale pada 2013 ke Real tetapi tampak tidak mungkin mampu membiayai pendapatannya.

Haluan lain tidak jelas, walaupun Manchester United dilaporkan dalam media Britain sebagai bakal destinasi.

Jika dia kembali ke England musim panas ini, Bale akan meninggalkan Madrid dengan satu rekod yang ketara, empat gelaran Liga Juara-juara namun hanya satu La Liga.

Ronaldo mempunyai angka sama, kemenangan Liga Juara-juara dan dua gelaran Sepanyol tetapi prestasinya menjadi penanda aras sedangkan Bale tidak begitu. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini