Perak komited tunai janji air percuma untuk rakyat - Utusan Malaysia

Perak komited tunai janji air percuma untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 27 Mei – Lembaga Air Perak (LAP) sedang mengkaji meka­nisme terbaik untuk melaksanakan penawaran air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pi­haknya komi­ted untuk melaksanakan perkara itu setelah perbincangan bersama LAP bagi memastikan ia dapat dinikmati oleh kumpulan sasar.

“Kita dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kita laksanakan dan ada beberapa idea, namun kita sedang mencari defi­nisi lebih jelas untuk kumpulan sasar berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat di Masjid Ar-Rahmaniah, Chenderiang di sini semalam.

Tambah Ahmad Faizal, pihak­nya mempunyai ke­yakinan penuh terhadap LAP untuk melak­sanakan tawaran berkenaan da­lam masa 100 hari memerintah mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan ­lain, mengulas mengenai tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya di Gugusan Manjoi yang me­rupakan perkampungan Melayu terbesar di negara ini baru-baru ini, Ahmad Faizal berkata, keresahan tersebut sebenarnya boleh dibawa kepada kerajaan mengikut saluran yang betul.

“Mereka mengambil tindakan secara sendirian, namun saya faham dengan emosi mereka dan pengusaha juga perlu sensitif dengan masyarakat setempat.

“Namun, saya puji langkah pengusaha berkenaan yang me­nerima bantahan tersebut dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini