NGO mahu berita Tamil di Bernama diterbitkan semula - Utusan Malaysia

NGO mahu berita Tamil di Bernama diterbitkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Bersesuaian dengan janji kerajaan Pakatan Harapan yang tidak akan meminggirkan kaum dan bahasa Tamil, pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), Perinbam mendesak kerajaan agar berita Tamil Bernama Seithigal yang dihentikan empat tahun lalu diterbitkan semula melalui siaran Bernama News Channel (BNC).

Presidennya, U. Thamotharan berkata, berita Tamil di saluran 502 itu dihentikan atas alasan kekurangan dana dan pada awalnya penghentian itu dikatakan hanya bersifat sementara.

Namun katanya, sehingga hari ini berita Tamil yang mempunyai antara penonton terbanyak itu masih tidak ‘dipulihkan’ lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesungguhnya, dengan adanya berita nasional yang hanya dikhaskan kepada orang India, ia akan memberi lebih banyak ruang untuk penyiaran isu-isu berkaitan orang India dan tidak perlu bersaing dengan berita-berita bahasa Melayu dan Inggeris seperti sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Thamotharan turut mempersoalkan kerelevanan program masakan dan segmen lain yang diimport dari negara jiran disiarkan di saluran berita utama negara.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang baharu memegang jawatan itu supaya mempertimbangkan perkara itu supaya bahasa Tamil juga diangkat seiring dengan bahasa-bahasa utama yang lain.

Pada tahun lalu, Pertubuhan Berita Nasio­nal Malaysia (Bernama) dan syarikat penyiaran, multimedia dan teknologi maklumat B Channel Sdn. Bhd. pernah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menerbitkan semula berita Tamil tetapi selepas itu tiada sebarang perkembangan dilaporkan.

Hanya Malaysia sahaja yang membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) beroperasi mengikut acuan negara berbanding di negara-negara lain di dunia.

Sehingga hari ini, terdapat 524 SJKT di seluruh negara termasuklah 367 bantuan modal dan 157 sekolah kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini