Rakyat perlu bersatu bina semula negara - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Rakyat perlu bersatu bina semula negara – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk membina semula negara demi masa depan yang lebih terjamin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersatu padu dan bersama-sama kerajaan untuk melakar masa depan negara.

“Menang atau kalah itu adalah biasa dalam pertandingan namun yang penting adalah kita bawa negara kita ke tahap lebih baik lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang menang mestilah rakyat. Yang menang adalah kita bersama untuk masa depan yang kita lakar bersama,” katanya pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di sini hari ini.

Turut hadir suami beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Izham Hashim.

Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan berkata kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 diperoleh kerana tujuan, amalan dan niat pakatan itu yang ikhlas untuk memimpin demi masa depan negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini