Bumbung masjid tercabut, enam rumah rosak dipukul ribut - Utusan Malaysia

Bumbung masjid tercabut, enam rumah rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 27 Mei – Bumbung masjid tercabut manakala enam buah rumah terjejas dalam kejadian ribut di Kampung Permatang Pasir Panjang di Linggi dekat sini petang semalam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian pukul 6.50 petang itu.

“Bumbung Masjid Permatang Pasir Panjang tercabut, manakala beberapa buah rumah dan pejabat Rela rosak terjejas akibat pokok tumbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawasan perkuburan di kampung berkenaan turut terjejas kerana kejadian pokok tumbang akibat dipukul ribut,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, beliau bersama tujuh anggotanya membantu memotong dan membersihkan kayu pokok yang memimpa bumbung rumah mangsa.

Sementara itu, Menteri Besar, Aminuddin Harun yang melawat lokasi kejadian hari ini telah mengarahkan Pejabat Daerah dan agensi berkaitan untuk membuat penilaian kerosakan akibat bencana itu secepat mungkin.

Katanya, beliau berharap semua penilaian kerosakan rumah dan masjid itu dapat disiapkan esok untuk tindakan segera bagi membaiki kerosakan.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini