Kebersihan pasar besar ditahap membanggakan - Utusan Malaysia

Kebersihan pasar besar ditahap membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 27 Mei – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memuji usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang terus mengutamakan aspek kebersihan khususnya di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu di sini.

Beliau berkata, usaha itu perlu dikekalkan bagi memastikan keadaan sekitar bandar raya ini sentiasa bersih kerana menjadi destinasi tumpuan pelancongan dark dalam dan luar negara.

“Kita tidak mahu pelancong dan penduduk Sabah berdepan dengan situasi kotor kerana sudah tentu ia akan memberikan imej buruk kepada semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, aspek penjagaan kebersihan bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa sebaliknya, semua pihak perlu memainkan peranan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan mengejut dan berjumpa rakyat di pasar berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie meminta Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai untuk terus meletakkan aspek kebersihan sebagai perkara utama agar pusat bandar ini sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Menurut beliau, tempat pembuangan sisa seperti tong sampah perlu disediakan secukupnya bagi memudahkan peniaga dan pelanggan membuang sampah.

“Saya juga mahu mengingatkan kepada semua pihak agar tidak membuang sampah ke dalam laut kerana ia akan menjejaskan kawasan lain seperti di Pantai Tanjung Aru serta Likas.

“DBKK juga harus mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembuangan sampah sewenang-wenangnya,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini