Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Daniel Tajem meninggal dunia di kediamannya di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya di sini hari ini.

Menurut isterinya, Datin Seri Ivy Tajem, pemergian suaminya amat mengejutkan kerana penyakit kencing manis mendiang adalah terkawal dan tidak pernah mengalami masalah jantung sebelum ini.

Beliau berkata, awal pagi ini suaminya mengadu sukar bernafas dan beliau meminta anaknya membawa mendiang berjumpa doktor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, katanya, mendiang menghembus nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 7 pagi.

Mendiang Tajem, 82, yang juga bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meninggalkan tiga anak dan tujuh cucu.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada 23 Mac 1981 hingga 1987. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini