Maut dirempuh lori ketika ke masjid solat Tarawih - Utusan Malaysia

Maut dirempuh lori ketika ke masjid solat Tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 27 Mei – Seorang pejalan kaki warga emas maut setelah dilanggar sebuah lori ketika melintas jalan di Kilometer 21, Jalan Teluk Intan-Langkap di sini semalam.

Nahas pada pukul 8.45 malam itu mengakibatkan Salamiah Basri, 74, cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan semasa menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, ketika kejadian lori dipandu lelaki berusia 61 tahun itu dalam perjalanan dari Langkap ke Teluk Intan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, apabila sampai di lokasi kemalangan, mangsa dan cucunya telah melintas jalan dan pemandu lori tersebut cuba mengelak daripada melanggar mereka namun gagal.

Lelaki itu cuba memberhentikan kenderaan yang dipandunya dan mengelak namun tidak berjaya sebelum melanggar mangsa dan terbabas.

Akibat kemalangan itu, pejalan kaki tersebut parah dan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan manakala pemandu lori dan cucu mangsa pula tidak cedera,” katanya.

Mohd. Marzukhi memberitahu, siasatan lanjut kes itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, anak mangsa, Nizawati Sekiman,30, berkata, sewaktu kejadian, arwah ibunya sedang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih bersama dua orang anaknya.

Sebelum kejadian berlaku, ibu ada meminta saya untuk membelikan sate untuk berbuka puasa namun, saya tidak sempat menunaikan permintaannya itu.

Saya dan keluarga sedih namun, reda dengan kejadian itu. Saya tidak menyangka arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga kerana dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini