Patuh penetapan kadar sifar - Kastam - Utusan Malaysia

Patuh penetapan kadar sifar – Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Mei – Semua peniaga berdaftar cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar cukai tersebut yang berkuatkuasa 1 Jun ini.

T. SUBROMANIAM
T. SUBROMANIAM

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, peniaga-peniaga dikehendaki manyalurkan penjimatan daripada kadar standard enam peratus kepada kadar sifar kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah.

“Peniaga-peniaga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan untuk menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Subromaniam berkata, kerajaan juga tidak melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula pada 1 Jun ini dan tarikh sebenar pelaksanaan cukai itu akan diumumkan kemudian.

Sehubungan itu katanya, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga berikutan barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar enam peratus akan disifarkan mulai 1 Jun.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuatnaik di laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini