MB Kedah setuju sandang jawatan Presiden KFA - Utusan Malaysia

MB Kedah setuju sandang jawatan Presiden KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan persetujuan untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekali lagi bagi memenuhi sokongan majoriti penyokong Lang Merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini, yang mahukannya kembali memegang jawatan tersebut.

“Permintaan penyokong untuk saya kembali terajui jawatan itu tinggi walaupun ada yang rasa tidak sesuai, tapi masa ini kecenderungan saya adalah untuk terima tawaran sebagai Presiden KFA dan beri yang terbaik bagi membolehkan pasukan kita kembali menjulang piala kemenangan.

“Selepas menjadi Menteri Besar, memang saya diberi tanggungjawab seperti Presiden jadi saya ingat sudah alang-alang buat kerja, baik saya terus pegang jawatan tersebut. Tambahan pengurusan KFA juga berharap sangat saya kembali sebagai presiden,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, buat masa ini beliau akan menerajui KFA kecuali ada pihak lain yang berhasrat mahu menjadi Presiden dalam mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan pada bila-bila masa nanti. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini