Real Madrid kekal Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Real Madrid kekal Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV, Ukraine – Real Madrid mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi final di Stadium NSC Olimpiyskiy pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Babak pertama permainan berkesudahan 0-0 dengan Liverpool kehilangan peledak utamanya Mohamed Salah yang cedera di bahu. Dia terpaksa digantikan dengan Adam Lallana pada minit ke-30.

Real turut kehilangan pemain, Dani Carvajal yang dipercayai cedera buku lali dan tempatnya diisi Nacho.

Babak kedua pula, Real mendahului permainan pada minit ke-51 hasil kesilapan penjaga gol Liverpool Loris Karius yang membaling bola ketika Karim Benzema berada berhampirannya dan mudah menampan bola ke dalam gawang.

Liverpool bagaimanapun tidak menunggu lama dan kembali menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane tiga minit kemudian.

Kemasukan Gareth Bale ternyata membawa tuah buat Real apabila pemain Wales itu menjaringkan gol kedua juara bertahan itu pada minit ke-63 dan sekali lagi pada minit ke-83. 

Kejayaan ini juga menyaksikan Real mencatat sejarah sebagai pasukan pertama mencatat kejayaan hatrik beeturut-turut dalam era moden kempen kelab elit Eropah itu, sekali gus menambah koleksi trofi ke-13 mereka sepanjang penyertaan kempen kelab elit kelab Eropah tersebut.

Sebelum ini hanya Ajax Amsterdam (1971, 1972, 1973) dan Bayern Munich (1974, 1975 1976) sahaja yang berjaya memenangi trofi ini tiga kali berturut-turut ketika kejohanan ini dikenali sebagai Piala Eropah.

Manakala Liverpool pula pernah menjuarainya lima kali iaitu pada 1977, 1978, 1981, 1984, 2005. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini