SEREMBAN – Negeri Sembilan memperoleh tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan ke atas Kelantan 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.
Di sebalik kemenangan itu, skuad Hoben Jang Hoben bagaimanapun masih gagal memperbaiki kedudukan pasukan itu dalam Liga Super.
Negeri Sembilan yang turun sebagai pasukan pelawat dalam perlawanan itu masih berada di kedudukan tercorot liga.
Dalam perlawanan tersebut, gol pertama Negeri Sembilan disumbangkan pemain import baharu, Alex De Moraes Gomes pada minit ke-16 yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Doheon Kim dari kiri gol Kelantan.
Kelantan dikejutkan dengan gol kedua Negeri Sembilan hasil sepakan penalti pada minit ke-37 selepas pemain Negeri Sembilan, N.Thanabalan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain lawan.
Sepakan penalti yang membuatkan gol kedua bagi pasukan tuan rumah disempurnakan oleh pemain import Negeri Sembilan, Angel Aldeguer Guirado.
Negeri Sembilan kini kekal di tangga ke-12 liga, berkongsi lapan mata bersama Kelantan di kedudukan ke-11, namun dipisahkan dengan jumlah jaringan.
Berdasarkan rekod 12 perlawanan, Negeri Sembilan menang sebanyak dua kali, seri dua kali dan kalah sebanyak lapan kali. – K! ONLINE











