Negeri Sembilan tewaskan Kelantan 2-0 - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan tewaskan Kelantan 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Mei – Kemenangan Negeri Sembilan ke atas Kelantan 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi masih belum mencukupi untuk memperbaiki kedudukan pasukan itu di dalam liga.

Negeri Sembilan yang turun sebagai pasukan tuan rumah masih terperosok di kedudukan tercorot liga walaupun meraih tiga mata dalam perlawanan itu.

Gol pertama Negeri Sembilan disumbangkan melalui pemain import baharu, Alex De Moraes Gomes dari Brazil pada minit ke-16 yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh Doheon Kim dari kiri gol Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelantan yang cuba bangkit dikejutkan dengan gol kedua Negeri Sembilan yang memperoleh sepakan penalti pada minit ke-37 selepas N. Thanabalan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni.

Pemain import pelawat yang berasal dari Sepanyol, Angel Aldeguer Guirado menjaringkan gol penalti itu.

Selepas perlawanan malam ini, Negeri Sembilan kekal di tangga ke-12 liga berkongsi lapan mata bersama Kelantan di kedudukan ke-11 tetapi dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Daripada 12 perlawanan, Negeri Sembilan menang dua kali, seri dua kali dan kalah sebanyak lapan kali, pencapaian yang sama oleh Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini