Pusat pemindahan banjir dibuka di Perak - Utusan Malaysia

Pusat pemindahan banjir dibuka di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 27 Mei – Seramai 26 penduduk daripada tiga buah keluarga dipindahkan akibat banjir di Trong, Taiping malam tadi.

Jurucakap Sekratariat Bencana Negeri berkata, semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan di Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban, Mukim Sungai Tinggi, Trong.

Katanya, mangsa terdiri daripada empat lelaki, sembilan perempuan dan 13 kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa sama, 800 orang terjejas akibat banjir di Parlimen Bukit Gantang dan 108 penduduk lagi di Daerah Batang Padang, Tapah.

“Setakat ini operasi memindahkan mangsa sedang dijalankan di kedua-dua kawasan berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini