Pegawai White House bakal berangkat ke Singapura - Utusan Malaysia

Pegawai White House bakal berangkat ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 27 Mei – Pasukan pegawai White House akan berangkat ke Singapura seperti yang dijadualkan hujung minggu ini untuk membuat persediaan sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor jurucakap White House.

Majalah Politico melaporkan sebelum ini bahawa pasukan awal terdiri daripada 30 pegawai White House dan Jabatan Negara bersiap untuk berangkat hujung minggu ini.

Semalam, Trump berkata, AS telah mengadakan ‘perbincangan yang produktif’ mengenai usaha menganjurkan semula sidang kemuncak pada 12 Jun ini di Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Korea Selatan berkata, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in juga mengadakan pertemuan mengejut dengan Jong-un hari ini untuk memastikan sidang kemuncak tersebut berjaya dilaksanakan.

Menurut portal berita Channel News Asia, pertemuan antara Jae-in dan Jong-un adalah petanda paling jelas bahawa sidang kemuncak kontroversi itu akan diadakan seperti yang dipersetujui pada peringkat awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini