1,500 pelarian diselamatkan 
di Laut Mediterranean - Utusan Malaysia

1,500 pelarian diselamatkan 
di Laut Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 26 Mei – Kira-kira 1,500 pela­rian berjaya diselamatkan di Laut Mediterranean dalam operasi yang dijalankan selama dua hari sejak Khamis lalu.

Operasi itu membabitkan tentera laut Itali dan kapal yang disewa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU) iaitu Frontex.

Semalam, seramai 1,050 pela­rian yang cuba memasuki Eropah, berjaya diselamatkan dalam tujuh operasi berasingan dikendalikan oleh pengawal pantai Itali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, NGO dari Jerman ia­itu Sea-Watch dan Sea-Eye berjaya menyelamatkan hampir separuh pela­rian berkenaan dari tiga buah bot.

Sementara itu, beberapa pela­rian dari Libya terjun ke laut bagi mengelak dari dibawa pulang ke negara asal selepas sebuah bot pengawal keselamatan Libya tiba di lokasi ber­kenaan.

Bagaimanapun, kapal tersebut menjarakkan kedudukannya bagi membolehkan semua pela­rian di­selamatkan oleh dua NGO ter­babit.

Khamis lalu, kapal tentera laut Itali menyelamatkan 69 pela­rian, manakala bot tentera laut Portugas yang mengambil bahagian dalam operasi antipemerdaga­ngan Frontex, menyelamatkan 296 yang lain.

Pertubuhan Pendatang Antarabangsa (IOM) berkata, ketibaan kumpulan pela­rian yang terbaharu itu meningkatkan jumlah mereka yang sudah berada di Itali kepada 10,800 pela­rian sejak awal tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini