Bas ekspres terbakar di LPT dekat Bentong - Utusan Malaysia

Bas ekspres terbakar di LPT dekat Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Sebuah bas ekspres yang membawa 29 penumpang dari Kuala Lumpur menuju ke Raub musnah terbakar dalam kejadian di Kilometer 58 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini siang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian yang dilaporkan perlaku pada pukul 1.40 petang itu menyebabkan bas tersebut terbakar 100 peratus.

“Semua 29 penumpang serta pemandu dan pembantunya sempat menyelamatkan diri. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan berhubung kejadian.

“Operasi memadam kebakaran dijalankan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong,” ujar Mohd. Sani menerusi kenyataan kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer di laluan berkenaan selama kira-kira 3 jam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN