[VIDEO] Rompak kedai emas waktu berbuka puasa - Utusan Malaysia

[VIDEO] Rompak kedai emas waktu berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Mei – Pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Bandar Dato’ Onn, di sini gempar apabila sebuah kedai emas di dalamnya dirompak sekumpulan lelaki, hari ini.


Video MEDIA SOSIAL

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku pukul 7.20 malam, iaitu semasa umat Islam baru sahaja berbuka puasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terdengar bunyi hentaman yang kuat dan beberapa saat selepas itu saya lihat salah seorang suspek yang memakai topeng muka melarikan diri mengikut pintu keluar berhampiran.

“Keadaan ketika itu agak gempar dan kesemua pelanggan melarikan diri dengan masuk ke dalam kedai-kedai berhampiran dan surau,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.

Berdasarkan pemerhatian di lokasi kejadian, terdapat sebuah tukul besi yang digunakan untuk memecahkan cermin pameran barang kemas dan jumlah kerugian masih belum diketahui kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini