Pembayaran BR1M sebelum Aidilfitri - Utusan Malaysia

Pembayaran BR1M sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar kepada penerima bulan hadapan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menerusi laman Twitter rasminya hari ini, beliau berkata bantuan kewangan itu akan diberi nama baharu.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai bantuan itu akan diumumkan minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepertimana yang diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad)  @chedetofficial, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri,” kata Guan Eng dalam catatan itu.

Perdana  Menteri sebelum ini memaklumkan pemberian BR1M yang  diteruskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan akan  dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerimanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini