Kelek JB agih juadah sahur - Utusan Malaysia

Kelek JB agih juadah sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 26 Mei- Lazimnya dalam bulan Ramadan, keinginan untuk sentiasa berbuka dan bersahur bersama keluarga amat terasa dan sangat bermakna.

Namun detik- detik sebegitu dalam  menyempurnakan ibadah tidak dapat dirasakan oleh semua terutama yang berdepan dengan tuntutan tugas  dan tanggungjawab kerana jarak dan juga masa kerja.

Sebagai suatu tanda penghargaan kepada petugas-petugas di Hospital Hulu Terengganu yang bertugas pada waktu malam, sekumpulan anak muda menghulurkan juadah sahur awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka merupakan anggota Kelab Eksplorasi Jerangau Barat (Kelek JB) yang aktif dalam aktiviti luar menunjukkan rasa rasa terima kasih terhadap para petugas.

Presidennya, Mohamad Hanif Mat Rasat berkata, program ini dilaksanakan bagi menyantuni warga hospital yang terdiri dari para doktor, warga perubatan, jururawat dan pegawai keselamatan yang bertugas sepanjang malam di wad.

“Mungkin pada masa kita tidur nyenyak dan lena dibuai mimpi, mereka bersengkang  mata memberi khidmat menjaga kesihatan masyarakat.

“Sumbangan sekecil ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi keceriaan dan membuatkan mereka berasa dihargai serta sentiasa diingati,” katanya kepada pemberita selepas
Program Ziarah Sahur Ramadan Anjuran Kelek JB di Hospital Hulu Terengganu.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim.

Sementara itu bagi jururawat, Salina Zainal Abidin, 30, yang bekerja syif malam  akan bersahur secara ala kadar kerana mereka perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas.

“Memang seronok tengok ada yang masih mengambil berat dan sedar tentang kami yang tidak pulang bersahur bersama keluarga,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini