Sasar pilihan raya kerajaan tempatan dalam tempoh tiga tahun - Utusan Malaysia

Sasar pilihan raya kerajaan tempatan dalam tempoh tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Pilihan raya kerajaan tempatan disasarkan dilaksanakan di beberapa negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sasaran itu walau bagaimanapun bergantung pada kedudukan kewangan negara dan bajet yang diterima kementerian.

“Mungkin dalam tempoh enam bulan boleh melaksanakan sistem ini tetapi kena stabilkan kewangan negara dahulu sebab saya tak nak menambah beban pada negara.

“Saya dah tengok di Indonesia dan Korea, jadi kalau kita tak boleh buat di seluruh negara sebab bajet tidak mencukupi maka kita boleh melaksanakan di beberapa negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di dua buah blok Rumah Transit 1Malaysia Bukit Jalil, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN