KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap seorang murid tahun empat di Bangi, dekat sini semalam.
Suspek yang merupakan pemandu van sekolah itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam sebaik sahaja satu laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, suspek dikatakan telah memaksa mangsa menghisap kemaluannya.
Ujarnya, hasil siasatan mendapati, kejadian tersebut bukanlah kali pertama sebaliknya telah berlaku beberapa kali.
“Semakan lanjut ke atas suspek mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu melibatkan kesalahan jenayah cabul dan tiga kesalahan dadah.
“Sehubungan itu, suspek ditahan reman enam hari bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











