Hormati institusi raja Melayu - Pas - Utusan Malaysia

Hormati institusi raja Melayu – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Pas mengingatkan semua pihak untuk menghormati institusi raja Melayu dan jangan sesekali menggores keutuhan serta kedaulatan institusi tersebut yang telah sekian lama menjadi naungan kepada rakyat Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, institusi raja Melayu adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat dan melangkaui semua agama, kaum, bahasa, fahaman politik dan sebagainya.

Menurut Tuan Ibrahim, ia adalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu.

“Oleh itu, Pas menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi ini atas sifatnya itu.

“Apa sahaja pertikaian politik yang kita hadapi, janganlah kita melanggar sempadan ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dipercayai merujuk kepada kemelut melibatkan pelantikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Ketika angkat sumpah jawatan tersebut, tiada seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hadir dalam majlis di Istana Arau, Perlis itu.

Hal itu menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail murka dan bertitah baginda tidak melantik ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar sebelum ini, kerana bimbang pentadbiran kerajaan negeri menjadi boneka kepada pihak lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN