Tunku Hanis dirompak selepas kemalangan - Utusan Malaysia

Tunku Hanis dirompak selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Sudahlah kemalangan, barangan berharga pula dirompak, itu pengalaman ngeri yang terpaksa dilalui pelakon Tunku Hanis.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Hanis memberitahu dia terlibat dalam kemalangan kereta pada Khamis lalu ketika melalui jalan Kuching.

Kesan dari kemalangan terbabit bukan sahaja keretanya remuk teruk, tetapi dia turut mengalami kecederaan kecil di beberapa bahagian tubuh badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Hanis yang sebelum ini pernah membintangi telenovena Memori Cinta Suraya, dalam keadaan panik itu dia mengesyaki beberapa individu telah masuk ke dalam keretanya dan mengambil barangan berharga.

“Alhamdulillah saya selamat, cuma terdapat kesan-kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari beg tangan saya dan rantai tangan emas yang sangat tinggi nilainya.

“Kepada pencuri itu, saya doakan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kepada yang membantu, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allh sahaja yang dapat membals jasa baik anda,” antara tulisanya yang turut dikongsi bersama gambar keadaan keretanya ketika kemalangan.

Difahamkan juga, telefon Hanis turut rosak dalam kemalangan ini sehingga dia gagal melaksanakan beberapa tugasan berkaitan kerjayanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini