Pembalakan bukan punca kolam tadahan air tercemar - Jabatan Perhutanan Pahang - Utusan Malaysia

Pembalakan bukan punca kolam tadahan air tercemar – Jabatan Perhutanan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Pahang hari ini menolak dakwaan aktiviti pembalakan sebagai punca pencemaran kolam tadahan air di Bukit Segantang di Sungai Lembing di sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, aktiviti pembalakan masih belum dilakukan di kawasan berhampiran kolam tadahan air itu yang didakwa menjadi sumber bekalan air kepada kira-kira 100 penduduk di Kampung Kuala Kenau, di sini. 

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan itu yang merupakan tanah kerajaan dan berstatus bukan hutan dara melibatkan kawasan seluas 25 hektar yang dibahagikan kepada dua blok. 

“Peratus status kerja semasa ialah 15 peratus dan melibatkan blok A sahaja. Kawasan tadahan air yang dimaksudkan berada di blok B dan setakat ini masih belum diusahakan. 

“Pihak kami juga telah menjalankan pemeriksaan di lapangan pada  5 petang semalam dan mendapati kolam tadahan tersebut masih jernih, tidak langsung keruh dan masih digunakan sebahagian penduduk kampung,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN