17 menu istimewa Chef Ismail termasuk Nasi Ulam di Promenade - Utusan Malaysia

17 menu istimewa Chef Ismail termasuk Nasi Ulam di Promenade

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 26 Mei – Orang ramai khususnya warga negeri ini berpeluang untuk menikmati sebanyak 17 hidangan istimewa daripada chef selebriti, Datuk Ismail Ahmad di Hotel Promenade, di sini sepanjang bulan Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang mesra disapa Chef Ismail turut mengetengahkan menu utama iaitu ‘Nasi Ulam Chef Ismail’ hasil kombinasi 44 jenis ulam-ulaman tempatan.

Menurutnya, pemilihan menu istimewa tersebut adalah berkonsepkan kemelayuan dengan menyediakan juadah selera kampung yang lebih dekat dengan semua umat Islam.

“Hidangab tersebut ialah Gulai Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan, Ayam Kurma, Ayam Percik Kelantan, Bubur Lambuk, Daging Bakar Air Asam Kerisik, Daging Masak Hitam, Kerabu Mangga Rebung, Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh antara 17 menu istimewa yang disediakan dalam bufet ini.

“Menu daripada pelbagai negeri di semenanjung seperti Ketupat Sotong, Laksa Asam, Lawar Jantung Pisang, Lemak Cili Padi Daging Salai, Nasi Minyak, Nasi Ulam Chef Ismail, Sambal Udang dan Air Bandung Chef Ismail juga disediakan yang melengkapkan juadah berbuka puasa kepada semua,” katanya di sini baru-baru ini.

Terdahulu beliau bersama Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai turut menjadi peserta dalam acara Cabaran Memasak Dapur Berapi Khas Nasi Ulam Chef Ismail yang dijemput khas pihak hotel.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Promenade Kota Kinabalu, Hafizan Wong memberitahu, semua hidangan disajikan secara berjadual bagi mengelakkan penyediaan menu yang sama dalam tempoh tertentu.

“Ini termasuk menu istimewa daripada Chef Kafe Promenade, Mohd. Firdaus Abdullah iaitu Kari Kepala Ikan, Oxtail Asam Pedas ala Promenade, Udang Masak Petai dan Milkshake Kelapa.

“Semua inu hanya RM138 bagi seorang dewasa dan RM69 setiap anak yang berumur 6 hingga 12 tahun,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN