Tolak tepi dulu isu politik, rebut fadilat Ramadan - Mufti - Utusan Malaysia

Tolak tepi dulu isu politik, rebut fadilat Ramadan – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Umat Islam di negara ini sepatutnya sudah memasuki lembaran baharu sempena Ramadan dengan meninggalkan perbezaan ideologi politik dan menghayati pengertian bulan mulia.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tolak tepi dulu isu politik, rebut fadilat Ramadan - Mufti
Mohamad Shukri Mohamad

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, walaupun masyarakat masih berada dalam lingkungan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), situasi itu sepatutnya tidak dijadikan keutamaan sebaliknya aura dan fadilat Ramadan itu perlu ditelusuri sepenuhnya.

Katanya, pengertian Ramadan sebagai penghulu segala bulan sepatutnya digunakan untuk menguatkan semula silaturahim sesama anggota masyarakat yang mungkin sedikit renggang ketika kemuncak PRU-14 lalu.

“Alhamdulillah umat Islam sudah memasuki fasa kedua Ramadan iaitu selepas 10 malam kita dipayungi dengan rahmat Allah, 10 malam seterusnya pula fadilatnya adalah ‘maghfirah’ iaitu keampunan.

“Ketepikan sebentar isu-isu politik terutama di masjid dan surau. Rapatkanlah ukhuwah dan hubungan sesama kita kerana walaupun ada perbezaan fahaman, namun Islam tetap menjadi tunjang perpaduan kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 17 Mei lalu kira-kira seminggu selepas hari mengundi untuk PRU-14.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menegaskan bahawa kemuliaan Ramadan sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya dengan memohon doa agar kerajaan yang baharu dipilih sentiasa diberkati dan diberikan petunjuk Allah untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

Beliau berkata, musim berpolitik sudah berakhir dan kini tiba masanya pula untuk mencari kemenangan sejati terutama memperoleh kebesaran ‘lailatul qadar’.

“Kita sudah banyak membazirkan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah sebelum ini. Ramadan ini mungkin tidak kita temui lagi pada tahun depan, jadi rebutlah peluang ini yang menawarkan pelbagai ganjaran berganda,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN