Kilang proses ayam musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kilang proses ayam musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Mei – Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama di Pontian musnah dalam kebakaran, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Kilang proses ayam musnah terbakar
Bomba memadamkan kebakaran.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pukul 5.35 pagi.

Katanya, operasi memadam kebakaran itu turut melibatkan bantuan jentera dan anggota dari Balai Pontian dan Pontian Baru.

“Kebakaran telah menyebabkan kilang memproses ayam ini musnah 100 peratus, namun kira-kira 9,000 ekor ayam berjaya diselamatkan.

“Ketika kejadian terdapat lebih 10 pekerja di situ, namun kesemua mereka selamat. Hingga pukul 12 tengah hari ini operasi memadam kebakaran masih dijalankan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN