Operasi SAR cari remaja terjun Sungai Batang Kayan - Utusan Malaysia

Operasi SAR cari remaja terjun Sungai Batang Kayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU 26 Mei – Operasi mencari dan memyelamat (SAR) digerakkan setelah seorang remaja lelaki terjun ke Sungai Batang Kayan di Pangkalan Haji Mahyan, Lundu awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu menerima maklumat laporan dari Balai Polis Lundu pada pukul 2.37 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dari BBP Lundu dan tujuh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Maklumat dari rakan mangsa menyatakan Mohamad Norrahim Hipni berusia lingkungan 20 secara tiba-tiba terjun ke dalam sungai Batang Kayan di Pangkalan Haji Mahyan berkenaan.

“Penduduk kampung bersama keluarga mangsa berusaha mencari di lokasi namun masih gagal ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pihak bomba bersama polis dan penduduk kampung kemudian melakukan pencarian menggunakan kaedah permukaan air di sekitar lokasi mangsa terjun ke dalam sungai namun masih belum ditemukan setakat pukul 9.30 pagi tadi.

“Operasi SAR itu turut disertai tiga anggota polis dan 10 penduduk kampung bersama lima bot,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN