Empat lelaki ditahan, cuba serang pegawai polis - Utusan Malaysia

Empat lelaki ditahan, cuba serang pegawai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Empat pelanggan lelaki di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas cuba menyerang pegawai polis yang melakukan Ops Noda awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…
PDRM
PDRM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, empat lelaki berkenaan yang berumur 30 hingga 40-an itu cuba menyerang pegawai polis menggunakan sebuah bangku.

“Kita akan buka kertas siasatan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan terhadap empat lelaki itu kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Mereka tidak sepatutnya berbuat begitu kerana bukan sahaja menghalang penjawat awam menjalankan tugas malah cuba menyerang pegawai polis. Sama ada mereka dibawah pengaruh dadah atau alkohol kita (polis) akan lakukan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap IPK itu, Yahya berkata, seramai 12 pelacur termasuk seorang mak nyah dari Thailand dan Laos serta lapan pelayan pelanggan (GRO) dari Vietnam ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Ipoh. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN