Masalah bekalan air selesai - Utusan Malaysia

Masalah bekalan air selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Masalah bekalan air bersih yang membe­lenggu penduduk Lembah Klang selama ini bakal berakhir apabila Projek Loji Ra­watan Air Langat 2 (Langat 2) akan dibawa di peringkat kerajaan Persekutuan untuk dibincangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (gambar kecil) berkata, langkah itu bagi membolehkan Projek Langat 2 dapat berope­rasi pada kadar segera sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air.

Katanya, beliau telah mendengar taklimat mengenai isu itu kelmarin termasuk jenis halangan untuk projek tersebut beroperasi walaupun ia telah siap sebelum ini.

“Hasil taklimat itu memerlukan kita membawa­nya ke Kabinet untuk dibincangkan. Para pegawai yang terlibat akan meneliti perkara ini dan saya mahu ia diangkat semua untuk pertimbangan Kabinet dalam menilai se­mula keputusan kerajaan Pusat sebelum ini,” katanya pada majlis berbuka puasa di Universiti Teknologi Mara di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN