Duit RM114 juta dihantar ke BNM - Utusan Malaysia

Duit RM114 juta dihantar ke BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas mengambil masa tiga hari mengira 35 beg bagasi berisi wang tunai, polis Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman semalam mendedahkan jumlah ke­semua rampasan wang tunai tersebut bernilai RM114 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua wang tunai termasuk Ringgit Malaysia dan 25 mata wang asing disimpan dalam 35 daripada 72 bagasi yang dirampas di Pavilion Residences, Jalan Bukit Bintang di sini.

Baki 37 lagi bagasi berisi barang kemas dan jam-jam jenama tangan mewah belum dapat didedahkan berikutan proses penilaian kesemua barang tersebut hanya akan dilakukan pada minggu depan.

Semua rampasan tersebut dilakukan di tiga unit kediaman mewah di Pavilion Residences pada 18 hingga 20 Mei lalu bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua unit kediaman itu masing-masing milik anak lelaki dan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Sebuah lagi unit kediaman yang diserbu itu milik seorang Tan Sri yang tidak didiami tetapi dijadikan tempat menyimpan barang bekas Perdana Menteri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN