LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino bersama barisan kejurulatihannya bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama lima tahun yang menyaksikan mereka akan kekal sehingga 2023.
![]() |
|
POCHETTINO dan staf kejurulatihannya dijangka akan menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Spurs sekali gus membolehkan mereka kekal sehingga 2023.
|
Perkara tersebut turut memberi bayangan bahawa pengerusi Spurs, Daniel Levy telah bersetuju dengan cadangan Pochettino untuk mendapatkan pemain berkualiti pada musim hadapan serta kembali beraksi ke White Hart Lane yang hampir selesai proses menaiktaraf.
“Kami telah mengadakan perbincangan yang panjang mengenai hala tuju Spurs selepas ini. Menariknya kami turut berkongsi falsafah yang sama bagi memastikan Spurs semakin berkembang dalam tempoh-tempoh tertentu.
“Spurs adalah pasukan yang istimewa. Pasukan ini sentiasa menunjukkan persembahan berkualiti di dalam dan luar gelanggang. Justeru, saya mahu perkembangan positif ini dite-ruskan dan berharap kami dapat menjulang trofi pada masa hadapan,” kata Pochettino.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Telegraph, perjanjian baharu berkenaan membolehkan Pochettino me- nerima bayaran berjumlah £42.5 juta (RM226.27 juta) sepanjang kontrak tersebut.
Bersama-sama Pochettino, pembantunya iaitu Jesus Perez, Miguel D’Agostino dan Toni Jimenez turut menandatangani kontrak lumayan selama lima tahun.
Dalam pada itu, Levy menjelaskan, Spurs akan tampil dengan wajah baharu pada musim hadapan.
“Saya gembira dengan Pochettino menandatangani kontrak baharu. Pengembaraan Spurs sudah berada pada landasan terbaik dan saya mahu ia menjadi lebih menarik pada musim hadapan,” katanya. – Agensi












