Dendam teksi terhadap SPAD? - Utusan Malaysia

Dendam teksi terhadap SPAD?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, LUCU saya membaca sebuah pertubuhan mewakili pemandu teksi menyokong pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atas alasan gagal memainkan peranan khususnya untuk membantu industri teksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Adakah ini dendam disebabkan SPAD mengikut keputusan kerajaan terdahulu membenarkan operasi perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber?

Pengguna rata-ratanya memilih perkhidmatan e-hailing disebabkan banyak kepincangan dalam industri teksi tempatan khususnya masalah disiplin, penipuan meter malah cara pemanduan kebanyakan pemandu teksi.Majoriti teksi di ibu kota mempunyai rekod aduan, ini bermakna masalah bukannya pada SPAD, kerajaan mahupun penumpang sebaliknya mentaliti pemandu teksi sendiri.

Elok kiranya pertubuhan itu mengajak kepada anjakan paradigma semua pemandu teksi sebelum mencari salah orang lain atau pengguna akan terus memilih e-hailing sebagai alternatif.

 

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN