SAUDARA PENGARANG, SAYA memuji langkah anggota Kabinet baharu Malaysia memotong gaji menteri-menteri sebanyak 10 peratus sebagai satu simbol penjimatan untuk ‘menyelamatkan negara’.
Namun, suka saya cadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kiranya boleh dipertimbangkan anggota Kabinet tidak bergaji untuk satu tahun pertama sebagai simbol komitmen mereka sehinggalah mampu membuktikan kemampuan melaksanakan tugas masing-masing.
Lagipun, rata-rata jemaah menteri tersebut adalah orang yang ‘ada-ada’ dan sebenarnya tidak terjejas pun jika tidak menerima gaji RM20,000 sebulan.
Rakyat juga tahu pak menteri sebenarnya mempunyai elaun-elaun tertentu selain perbelanjaan ditanggung kerajaan sepanjang menjalankan tugas mereka.
KHAIRUL ANUAR
Banting, Selangor











