Ikut waktu berpuasa di Mekah - Utusan Malaysia

Ikut waktu berpuasa di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA tahun ini, tempoh waktu berpuasa paling panjang di dunia adalah di Greenland iaitu 20 jam 8 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Negara yang terletak paling utara di benua Amerika Utara itu mencatatkan tempoh berpuasa paling panjang pada Ramadan tahun ini.

Selain Greenland, negara lain yang mencatatkan tempoh berpuasa paling panjang adalah Sweden, Iceland dan Norway iaitu 20 jam.

Umat Islam di negara berkenaan mempunyai waktu yang singkat untuk menikmati makan dan sahur kerana jarak antara senja dan fajar hanya empat jam.

Negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang membentuk benua Amerika Utara pula mencatatkan tempoh berpuasa antara 16 hingga 19 jam, bergantung kedudukan sesebuah negeri dalam negara tersebut.

Di Hemisfera Selatan, umat Islam di negara seperti Brazil dan Argentina berpuasa selama 12 jam, sekali gus muncul antara negara yang paling pendek tempoh waktu berpuasanya.

Maklumat turut mendapati umat Islam di Sepanyol, Turki dan beberapa negara berjiran berpuasa selama 17 jam.

Dalam pada itu, tempoh berpuasa paling singkat pada Ramadan tahun ini adalah di Australia iaitu 11 jam 50 minit.

Pernah satu ketika, Ramadan jatuh pada musim sejuk di Alaska, sekali gus menjadikan tempoh waktu berpuasa hanya lima jam sahaja.

Umat Islam ketika itu langsung tidak berasa lapar dan dahaga kerana tempoh berpuasa yang sangat singkat, selain cuaca sejuk yang nyaman.

Kedua-dua Hemisfera Utara dan Selatan akan mengalami waktu siang dan malam untuk tempoh tertentu yang lama atau pendek setiap tahun.

Ini bermakna sekiranya umat Islam berada di kawasan itu pada musim panas, mereka sudah pasti perlu menunggu matahari terbenam untuk tempoh yang lama untuk berbuka puasa.

Sebaliknya, jika pada musim sejuk, mereka boleh menarik nafas lega kerana hanya perlu menjalani ibadah puasa hanya untuk beberapa jam sahaja memandangkan waktu malam yang lebih panjang.

Antara negara yang pernah merekodkan tempoh berpuasa sehari yang paling lama di dunia adalah negara yang terletak di sekitar kawasan Garisan Artik.

Negara seperti Rusia, Alaska, Kanada dan negara Skandinavia mengalami waktu siang terpanjang sehingga adakalanya begitu sukar membezakan waktu matahari terbit dan terbenam.

Tentu umat Islam yang berpuasa di kawasan seperti itu tidak dapat menentukan waktu bersahur dan berbuka puasa.

Oleh kerana itu, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) menetapkan fatwa bahawa seseorang umat Islam yang berada di negara seperti itu boleh mengikuti waktu berbuka puasa dan imsak Mekah ataupun kawasan terdekat yang mempunyai waktu siang dan malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN